SMK DATUK PENGIRAN GALPAM

di puncak gemilang 1989 - 2020
SMK Datuk Pengiran Galpam

Sejarah Awal Penubuhan SMK Datuk Pengiran Galpam, Sandakan



By  Anna     00:24    Labels: 

SMK Datuk Pengiran Galpam merupakan sebuah sekolah yang mempunyai penuh sejarah tersendiri. Sekolah ini yang di tubuhkan pada tahun 1988 ini pada mulanya membawa nama sebagai SMK Sandakan II. Sekolah ini telah dijadikan sebagai sebuah cawangan kepada sebuah lagi sekolah menengah iaitu SMK Sandakan. Pada ketika itu sekolah ini menumpang di sebuah sekolah rendah iaitu SK Berhala Darat ( Sekarang dikenali sebagai Sk Tanjung Papat ). Pada ketika itu sekolah ini mempunyai seramai 320 orang pelajar dan 12 orang guru dan pada ketika itu juga sekolah ini berada di bawah penyeliaan Penyelia Petang SMK Sandakan iaitu Encik Adiah junang.

Pada tahun 1989 di bawah penyeliaan Encik Yaacob Nasroh, nama SMK Sandakan II telah di ubah kepada SMK Berhala Darat. Pada waktu tersebut juga sekolah ini telah mempunyai pentadbiran dan peruntukan kewangannya sendiri. Seorang kerani juga telah di tugaskan di sekolah ini untuk membantu pihak pentadbiran sekolah.

Pada bulan mac 1989, Encik Mokhtar Bin Yaacob telah melakar sejarah sebagai pengetua pertama sekolah ini. Pada tahun yang sama SMK Berhala Darat telah membuka satu lagi cawangan blok sekolah di SK SG. Anib untuk menampung pelajar tingkatan 2. Pada tahun 1990 satu blok projek kilat telah dibina di pinggar laut di Grand View untuk menampung para pelajar yang akan ke tingkatan 3. Blok ini mengandungi 8 bilik darjah.Secara Amnya, pada ketika itu sekolah ini sudah mempunyai 3 cawangan yang dikenali sebagai SMK Berhala Darat Pusat (Tingkatan 3), SMK Berhala Darat Cawangan Laut (Tingkatan 1), dan SMK Berhala Darat (Cawangan SG. Anib, Tingkatan 1). Murid sekolah ini telah menigkat kepada 850 orang dan tenaga pengajar seramai 34 Orang.

Sehingga tahun berikutnya, bilangan pelajar serta tenaga pengajar semakin bertambah. Seterusnya pada tahun 2000, di bawah pentadbiran Encik Hussein Bin Abdul Manaf, pengetua sekolah yang ketujuh, sekolah ini telah mencatatkan satu lagi sejarah dimana nama SMK Berhala Darat telah ditukarkan kepada SMK Datuk Pengiran Galpam Atas sebab tertentu.

Pada tahun 2005, sekolah ini sekali lagi melakar satu sejarah peting apabila berjaya mengambil alih bangunan bekas Maktab Perguruan Sandakan setelah maktab perguruan tersebut berpindah ke tawau. Dengan jumlah pelajar seramai 950 orang, serta tenaga pengajar seramai 35 orang sekolah ini yang dahulunya menggunakan papan yang terletak di pinggir laut kini terletak di atas sebuah bukit dan dilengkapi dengan pelbagi infrastruktur yang tidak pernah dinikmati sewati di bangunan lama dahulu. Perpindahan secara rasmi dari bangunan lama ke bangunan baru telah dilakukan pada 15 februari 2005. Pada tahun tersebut juga dua kelas tingkatan 6 telah dibuka buat julung kalinya.

by Admin

About Anna

Pengurus dan penulis blog. Berkecimpung dalam dunia penulisan blog sejak 2010.